You are here:Laman Utama

Komuniti Juruteknik Komputer Negeri Kedah

Kemudahan Cuti Sakit Print
Written by Webmaster   
Monday, 01 February 2010

 

KEMUDAHAN CUTI SAKIT    

 

 
Peraturan mengenai kemudahan Cuti Sakit diperuntukkan di bawah Perintah Am 15 Bab ‘C’ yang menjelaskan bahawa Ketua Jabatan boleh meluluskan Cuti Sakit kepada seseorang pegawai yang telah disahkan sebagai tidak sihat untuk menjalankan tugas-tugasnya oleh seorang Pegawai Perubatan atau oleh sebuah Lembaga Perubatan atau oleh seorang ahli Panel Doktor. Pengesahan tidak sihat ini hendaklah dibuat di atas sijil sakit.
 
Di bawah peruntukan Perintah Am yang sama juga, Ketua Jabatan diberi kuasa untuk menerima mengikut budi bicaranya sendiri sebarang sijil sakit yang dikeluarkan oleh doktor swasta tanpa sokongan daripada Pegawai Perubatan Kerajaan terhad kepada tidak melebihi 15 hari dalam sesuatu tahun.
 
Penentuan seseorang pegawai itu tidak sihat untuk menjalankan tugasnya adalah di bawah bidang kuasa Pegawai Perubatan atau doktor swasta mengikut prosedur yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia atau Majlis Perubatan Malaysia. Oleh yang demikian, Ketua Jabatan boleh meluluskan kemudahan Cuti Sakit kepada seseorang pegawai yang dapat membuktikan bahawa dirinya tidak sihat untuk bertugas dengan mengemukakan sijil sakit dari Pegawai Perubatan atau doktor swasta.
 
Walau bagaimanapun, Ketua Jabatan mempunyai kuasa untuk tidak meluluskan kemudahan Cuti Sakit kepada seseorang pegawai jika Ketua Jabatan mendapati sijil sakit yang dikemukakan itu diperolehi dengan cara yang tidak sepatutnya. Contohnya, pegawai membeli sijil sakit atau mengubah tarikh yang telah dinyatakan di dalam sijil sakit yang dikeluarkan oleh Pegawai Perubatan atau doktor swasta.
 
Unit Komunikasi Korporat
Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia
19 Oktober 2009
 

Maklumat Terkini

PENAMBAHBAIKAN PENGURUSAN KEMUDAHAN CUTI DI BAHAGIAN-BAHAGIAN KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Pelaksanaan pengurusan cuti adalah berbeza di antara Bahagian KPM disebabkan kekeliruan dari segi istilah Ketua Jabatan. Sehubungan itu SILA KLIK DI SINI UNTUK MENDAPATKAN PENJELASAN.

 

PENYELENGGARAAN PERALATAN ICT DI BAHAGIAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN NEGERI KEDAH DAN PUSAT KEGIATAN GURU KEDAH

Sukacita dimaklumkan bahawa tarikh akhir Penyelenggaraan Peralatan ICT bagi Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Kedah dan Pusat Kegiatan Guru di Negeri Kedah adalah ditetapkan pada 30 JUN 2010 bersamaan hari Rabu. Sila KLIK di sini untuk mendapatkan surat arahan rasmi.
 

Status penyenggaraan peralatan ICT sekolah 2009

Pautan kepada fail maklumat sekolah

 

Garis panduan pelaksanaan penyelenggaraan ICT sekolah-sekolah KPM

Panduan operasi 2010

Borang laporan 2010

 

Prosedur memohon peralatan ICT

Pautan manual permohonan pinjaman peralatan ICT

 

Panduan Operasi
Penyelenggaran ICT 2010


Sila semak semula garis
panduan operasi perlaksanaan
penyelenggaran peralatan ICT
sekolah-sekolah Kementerian
Pelajaran Malaysia 2010

MUAT TURUN

     
 

KELULUSAN PERTUKARAN MODEL PC BAGI DAERAH LANGKAWI. KUALA MUDA/YAN, BALING/SIK DAN KULIM/BANDAR BAHARU

Sila muat turun surat

 

 

PERMOHONAN PELUPUSAN
PERALATAN ICT
Kepada sekolah - sekolah
yang mempunyai masalah
berkaitan pemohonan
pelupusan peralatan ICT,
sila hubungi
En. Mohd Puzi bin Yaacub
di alamat e-mel:
This e-mail address is being protected from spam bots, you need JavaScript enabled to view it Alamat email ini telah dilindungi dari spam bots, anda perlukan Javascript enabled untuk melihatnya atau telefon: 04-7007672

 

PERHATIAN KEPADA SEMUA JURUTEKNIK KOMPUTER FT17.


Kepada sesiapa yang
mempunyai masalah atau
aduan mengenai tugas
di sekolah sila laporkan
dengan kadar segera kepada
En. Abd. Kadir di alamat e-mel :
This e-mail address is being protected from spam bots, you need JavaScript enabled to view it Alamat email ini telah dilindungi dari spam bots, anda perlukan Javascript enabled untuk melihatnya


 

Kelulusan Pertukaran Model Februari 2010

 Tender Bagi Membekal, Menghantar, Memasang dan Menguji Peralatan ICT dan Perabot ke Bahagian/ Jabatan/ Institusi Pendidikan di Bawah Kementerian Pelajaran Malaysia.

Pakej        : 2 Zon B (Kedah-Kubang Pasu, Kota Setar, Padang Terap, dan Pendang)

No. Kontrak    : MOE(COM)A074/2007

Sila muat turun surat dibawah :
Kelulusan Pertukaran Model

Note : JPN KEDAH

 

Penjelasan Permohonan Rangkaian LAN Februari 2010

 

Penjelasan Berkaitan Permohonan Pertambahan Baru dan Perluasan Rangkaian Setempat (LAN) di Jabatan Pelajaran Negeri (JPN), Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) dan Pejabat Audit Sekolah Bagi Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM).

Sila muat turun surat dibawah :
Penjelasan Permohonan Rangkaian LAN

 

 

Semak Maklumat Pendaftaran

Dimaklumkan staf JTK Kedah yang terlibat boleh menyemak Pusat

Peperiksaan PTK  secara online dari

pautan di bawah :

 

Semak Pusat Peperiksaan Secara Online

 

Keputusan Peperiksaan PTK 

Peperiksaan Penilaian Tahap Kecekapan PTK

Dimaklumkan JTK KEDAH  boleh  buat semakan

secara online dari pautan di bawah :

Semakan Keputusan PTK Secara Online

 

 

 

 

 

WASPADA LAMAN WEB PERBANKAN PALSU

KUALA LUMPUR: Orang ramai diminta berhati-hati dengan kegiatan ‘phishing’ atau penipuan siber melalui laman web palsu dengan menyamar sebagai entiti yang boleh dipercayai seperti laman web perbankan.

Peringatan terbabit diberikan CyberSecurity Malaysia berikutan pendedahan aktiviti cubaan ‘phishing’ semakin meningkat di negara ini.

Kegiatan itu adalah proses jenayah penipuan dalam cubaan memperoleh maklumat peribadi seperti nama pengguna, nombor akaun, nombor PIN (nombor pengenalan peribadi), kata laluan serta butiran kad kredit dengan menyamar entiti boleh dipercayai menerusi komunikasi elektronik.

“Pusat Bantuan Cyber999 menerima banyak aduan daripada pengguna Internet di negara ini berhubung laman web ‘phishing’ yang dihoskan di luar negara yang nampak sama seperti laman web e-perbankan bank tempatan utama,” kata Ketua Pegawai Eksekutif CyberSecurity Malaysia, Lt Kol Husin Jazri.

Dalam kenyataan semalam, katanya, ‘serangan phishing’ juga mengamalkan kaedah sosial seperti menghantar e-mel spam, yang tidak diundang, nampak seperti dihantar bank terkemuka tempatan.

“E-mel yang tidak sahih itu menggunakan perkataan meyakinkan untuk menipu orang dengan klik kepada ‘link’ atau sambungan yang membuka laman web palsu atau laman web e-perbankan palsu.

“Oleh kerana laman web palsu nampak sama seperti laman web sahih, pelanggan tertipu untuk memasukkan maklumat peribadi mereka seperti nama pengguna dan kata laluan dalam laman web e-perbankan palsu.

“Bank tidak akan meminta pelanggan mengemaskini akaun, mengubah semula kata laluan, membuka kunci akaun atau sebarang maklumat berkaitan perbankan melalui e-mel dan alamat URL,” katanya.

Oleh itu, Pusat Bantuan Cyber999 menasihatkan orang awam supaya mengendahkan jika menerima e-mel yang nampak sama dari bank atau mana-mana institusi kewangan.

Pusat itu meminta pelanggan supaya memeriksa kesahihan e-mel yang diterima dengan pihak bank atau menghubungi pusat berkenaan.-- Bernama

Terakhir Dikemaskini ( Rabu, 13 Januari 2010 11:45 )

 

 

 

Dalam usaha membangunkan Kerajaan Elektronik seiring dengan aliran teknologi maklumat dan komunikasi, Sistem Maklumat Pengurusan Sumber Manusia atau Human Resource Management Information System (HRMIS) telah merintis satu perubahan ke arah kecemerlangan pengurusan sumber manusia sektor awam.

Lakaran pemodenan yang dicetus HRMIS, telah membawa sistem pengurusan sumber manusia bagi perkhidmatan awam, ke arah yang lebih cekap dan berkesan. Sistemnya yang bersepadu, dimudahcarakan oleh teknologi yang menggabungkan amalan terbaik pergurusan sumber manusia.

Bayangkan, jika sebelum pembangunan HRMIS dimulakan, laporan-laporan statistik mengenai pengurusan sumber manusia terpaksa dilakukan dalam tempoh satu hingga tiga minggu tetapi dengan pelaksanaan HRMIS, ianya berjaya dilaksanakan hanya dalam tempoh satu minit hingga ke 24 jam.

Biarpun HRMIS dimulakan sebagai antara projek perintis aplikasi perdana Kerajaan Elektronik di bawah Projek Koridor Raya Multimedia (MSC), namun aplikasi ini telah berjaya mengangkat sistem pengurusan sumber manusia sektor awam ke satu tahap yang lebih efisien.

Hari ini, kita dapat lihat bagaimana HRMIS telah berjaya mengumpul lebih 1.2 juta rekod perjawatan sektor awam (tidak termasuk Angkatan Tentera Malaysia dan Polis Diraja Malaysia) yang melibatkan sebanyak 720 agensi sektor awam.

Malah, pengurusan maklumat di peringkat agensi pusat kini juga dapat menjalankan tindakan proaktif yang mana semua agensi sektor awam dapat menjalankan pengemaskinian data secara berterusan. Semua urusan sumber manusia sektor awam dari mula seorang penjawat awam dilantik ke perkhidmatan awam, pengesahan dalam perkhidmatan, penempatan, kenaikan pangkat, pengurusan prestasi, kompetensi, latihan, pengurusan kerjaya, faedah, ganjaran dansaraan sehingga beliau bersara boleh dibuat secara dalam talian melalui HRMIS.

Pada masa yang sama, surat pengesahan diri dan pengakuan pegawai secara elektronik (eGL) dapat dilaksanakan di semua 136 hospital Kerajaan seluruh negara untuk kakitangan awam serta ibu bapa dan anak-anak masing-masing.

Selepas sepuluh tahun melalui pelbagai cabaran dan dugaan, HRMIS hari ini telah diiktiraf sebagai satu aplikasi yang amat berkesan sehingga ianya telah dipilih ke pusingan akhir bagi Anugerah Perkhidmatan Awam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (United Nation Public Service Award), di New York, Amerika Syarikat pada tahun 2009. Semoga aplikasi HRMIS dapat terus dipertingkatkan bagi memastikan pengurusan sumber manusia dalam Perkhidmatan Awam terus menghasilkan pekerja mahir dan cekap.

 

 

 

KEMUDAHAN CUTI SAKIT    

 

 
Peraturan mengenai kemudahan Cuti Sakit diperuntukkan di bawah Perintah Am 15 Bab ‘C’ yang menjelaskan bahawa Ketua Jabatan boleh meluluskan Cuti Sakit kepada seseorang pegawai yang telah disahkan sebagai tidak sihat untuk menjalankan tugas-tugasnya oleh seorang Pegawai Perubatan atau oleh sebuah Lembaga Perubatan atau oleh seorang ahli Panel Doktor. Pengesahan tidak sihat ini hendaklah dibuat di atas sijil sakit.
 
Di bawah peruntukan Perintah Am yang sama juga, Ketua Jabatan diberi kuasa untuk menerima mengikut budi bicaranya sendiri sebarang sijil sakit yang dikeluarkan oleh doktor swasta tanpa sokongan daripada Pegawai Perubatan Kerajaan terhad kepada tidak melebihi 15 hari dalam sesuatu tahun.
 
Penentuan seseorang pegawai itu tidak sihat untuk menjalankan tugasnya adalah di bawah bidang kuasa Pegawai Perubatan atau doktor swasta mengikut prosedur yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia atau Majlis Perubatan Malaysia. Oleh yang demikian, Ketua Jabatan boleh meluluskan kemudahan Cuti Sakit kepada seseorang pegawai yang dapat membuktikan bahawa dirinya tidak sihat untuk bertugas dengan mengemukakan sijil sakit dari Pegawai Perubatan atau doktor swasta.
 
Walau bagaimanapun, Ketua Jabatan mempunyai kuasa untuk tidak meluluskan kemudahan Cuti Sakit kepada seseorang pegawai jika Ketua Jabatan mendapati sijil sakit yang dikemukakan itu diperolehi dengan cara yang tidak sepatutnya. Contohnya, pegawai membeli sijil sakit atau mengubah tarikh yang telah dinyatakan di dalam sijil sakit yang dikeluarkan oleh Pegawai Perubatan atau doktor swasta.
 
Unit Komunikasi Korporat
Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia
19 Oktober 2009
 

Penangguhan Program-program LDP dan Pra-Perkhidmatan

Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa berdasarkan peruntukan Belanjawan 2010 yang telah diluluskan kepada KPM, Program-program berikut akan ditangguhkan pelaksanaannya bagi tahun 2010 .....

Untuk keterangan lanjut sila klik disini .........

Sekian. Terima kasih

Note :- JPN KEDAH ( Jabatan Pelajaran Negeri Kedah )

Isnin, 25 Januari 2010 15:42  

.

 


 
JADUAL PEPERIKSAAN PERKHIDMATAN / JABATAN
ANJURAN KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
BAGI TAHUN 2010
 
 
 
 

Kewajipan Mengisytihar Harta

 

Untuk maklumat lanjut sila muat turun borang di bawah:

icon Borang Isytihar Harta

 

 

 Pengurusan Perkhidmatan Rangkaian Schoolnet Tahun 2010

 

Keputusan mesyuarat pengurusan KPM yang dipengerusikan oleh Y. Bhg. Tan Sri KSU pada 22 Disember 2008 telah memutuskan bahawa inisiatif ICT berkaitan Pengajaran & Pembelajaran (P&P) adalah di bawah tanggung jawab Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP) dan inisiatif yang melibatkan Pengurusan dan Pentadbiran (P&T) adalah di bawah Bahagian Pengurusan Maklumat (BPM).

Maklumat lanjut: Pengurusan Perkhidmatan Rangkaian Schoolnet Tahun 2010

 

Note:- JPN KEDAH ( Jabatan Pelajaran Negeri Kedah )

           Khamis, 14 Januari 2010 14:51

         

 
 Pelupusan Aset ICT sekolah hot.gif
 

Pemasangan Perkhidmatan Astro



Sukacita dimaklumkan, pihak Astro melalui program Kampus Astro Bersama Komuniti Sekolah (KABKS) sedang dalam proses pemasangan penuh perkakasan Astro ke sekolah-sekolah. Untuk keterangan lanjut sila muat turun dokumen di bawah ini.

Sila dapatkan dokumen di sini.
 

 Pelupusan Aset ICT sekolah hot.gif

1. Aset ICT meliputi peralatan di makmal komputer, asrama, pentadbiran dan sebagainya.
2. Aset perlu cukup umur lebih dari 5 tahun bermula dari tarikh penerimaan aset dan tidak perlu surat sokongan.
3. Jika aset tidak cukup 5 tahun, maka ia tidak boleh dibuat pelupusan, namun perlu buat penyelenggaraan ataupun "call" vendor jika masih dalam waranti.
4. Jika aset tidak lagi ekonomi untuk dibaiki sedangkan ia kurang dari 5 tahun perlu mendapat surat sokongan dari Juruteknik Komputer Ft 17 .
5. Sediakan dokumen KEW.PA 17. Ruangan tandatangan perlu dikosongkan kerana ia akan di isi oleh Lembaga Pemeriksa yang dilantik oleh KSU kementerian Pelajaran.
6. Sediakan salinan KEW 312.(salinan KEW.PA 2 akan bermula pada tahun 2012 bagi aset ict yang bermula pada tahun 2007)
7. Hantar semua dokumen tersebut kepada Sektor Pengurusan Maklumat (ICT), JPNKedah untuk perkara perlupusan.
8. Untuk makluman, KEW.PA-16 tidak perlu dibuat kerana ia akan disediakan oleh Pegawai Teknologi Maklumat Jabatan (Pegawai Gred F).
9. Urusetia Pelupusan akan menyediakan KEW.PA-16 dan KEW.PA-17. Satu pemantauan akan dibuat secara rambang mengikut senarai pendek sekolah.
10. Setelah semua proses dibuat, satu surat kelulusan pelupusan akan dikeluarkan oleh Pengarah JPNKedah.
11. Pada kebiasaannya, jawatankuasa akan menetapkan kaedah pelupusan secara Jualan Sisa.
12. Melalui kaedah jualan sisa ia boleh dijual pada mana-mana tempat seperti tempat jualan besi buruk dan sebagainya. (Dapatkan resit dari pembeli sebagai bukti penjualan).
13. Hasil jualan hendaklah dihantar ke Unit kewangan JPNKedah/PPD. Sediakan dokumen seperti dibawah:
a. Satu salinan Sijil KEW.PA 19 .
b. Satu salinan kutipan hasil jualan (dalam bentuk wang pos atau kiriman wang).
c. Satu salinan bukti jualan (resit)
14. Semua dokumen tersebut sila hantar ke Sektor Pengurusan Maklumat (ICT) JPNKedah.
15. Kemaskini KEW.312 di ruangan Pelupusan.
16. Namun begitu,sukacita diingatkan agar pihak yang terlibat membuat proses pelupusan perlu melaksanakannya setelah mendapat penggantian.
17. Sekiranya sudah menghampiri tarikh tamat tempoh kelulusan pelupusan sedangkan penggantian masih lagi belum diperolehi sila mohon perlanjutan kelulusan pelupusan sehingga mendapat penggantian (Sila rujuk Bab E-Pelupusan, perkara 30).
18. Oleh yang demikian aset tersebut masih lagi layak untuk diselenggara.

 


 

Penyekatan Aplikasi Jaringan Sosial
Siaran

Adalah dimaklumkan pihak MAMPU telah menerima satu aduan berhubung penyalahgunaan aplikasi jaringan sosial terutama Facebook, Friendster, MySpace dan Twitter oleh penjawat-penjawat awam pada waktu pejabat untuk tujuan peribadi.

Download Sini

 

Pekeliling untuk Pengesahan Jawatan.



Surat Pekeliling ini bertujuan memaklumkan mengenai penguatkuasaan tapisan keselamatan bagi tujuan pengesahan pelantikan atau pengesahan dalam perkhidmatan Anggota Perkhidmatan Pendidikan sama ada dari Kumpulan Pengurusan dan Profesional atau Kumpulan Sokongan.

Muat Turun Disini

 

Harap Maklum,

 

Perhatian kepada semua juruteknik FT17 

Anda boleh membuat laporan mengenai STATUS SCHOOLNET SEMASA        

Disekolah anda . Bagi tujuan pengutipan Maklumat  SCHOOLNET

Di ruangan   Laporan Status Schoolnet

 

 

 PERUBAHAN BORANG PJJ A TERBARU

 Makluman semua yang terlibat.

Bahagian Pendidikan Guru meminta guru-guru mahupun staf sokongan yang ingin membuat permohonan kebenaran belajar agar menggunakan borang PJJ A yang telah dikemaskinikan. (Sila print menggunakan kertas A4 putih)

Sila muat turun Borang PJJ A yang terbaru berkuatkuasa penggunaannya Sept 2009.

Borang

Harap maklum.

 

Note:- Sektor Khidmat Pengurusan dan Pembangunan, Jabatan Pelajaran Negeri Kedah

 

 

Selamat Melayari Gerbang Komuniti Juruteknik Komputer Kedah

Portal Komuniti JTKKEDAH

Kepada Ahli Komuniti Anda dikehendaki untuk Register menjadi Ahli JTKKEDAH Kepada Ahli Komuniti Sila Kemaskini Profail anda .Kami Warga Komuniti Mengucapkan Terima Kasih Kerana Sudi Melayari JTKKEDAH.COM .Terdapat Pelbagai Kemudahan Dan Ruangan untuk Ahli Komuniti . Sebarang bantuan dan pertanyaan

emailkan :         This e-mail address is being protected from spam bots, you need JavaScript enabled to view it                                                                                                                                                   This e-mail address is being protected from spam bots, you need JavaScript enabled to view it

 
Perhatian kepada semua juruteknik FT17 JPN Kedah

Kepada sesiapa yang mempunyai masalah atau aduan berkaitan dengan kerja di sekolah sila beritakan masalah anda kepada En. Abdul Kadir Mahamod secara terperinci di alamat This e-mail address is being protected from spam bots, you need JavaScript enabled to view it dengan kadar segera.Segala masalah anda akan di suarakan dalam mesyarat JPICT .Sekian Harap Maklum.
 

Pautan GOV

 
 
nkra.jpg
 

 
 

WebMail Staff

Pautan Komuniti JTK

 

Pungutan Suara

Cadangan Untuk Mengenakan Kutipan Yuran Sebanyak RM5 Sebulan Untuk Tabung FTKEDAH.Adakah Anda Setuju
 

Pengguna Online !

Tiada pengguna online
Tetamu: 6

Bilangan Pelawat

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterToday76
mod_vvisit_counterYesterday50
mod_vvisit_counterThis week76
mod_vvisit_counterThis month295
mod_vvisit_counterAll34444

Dapatkan !

 
 

Statistik Ahli

411 telah berdaftar
261 Lelaki
148 Perempuan
2 other
1 hari ini
3 bulan ini
Terakhir:
eLL offline

Our Sponsors

>! WebHosting Proudly Hosted By  Hostingplan2u.com.MY!<
http://www.Hostingplan2.com.my 

hostingplan2uadvertise.jpg  

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
PENAFIAN
Mana-mana artikel yang disiarkan di dalam portal ini tidak semestinya menggambarkan pendapat dan pendirian rasmi JTKKedah (kecuali dinyatakan sebaliknya). Ahli yang menghantar berita-berita adalah bertanggungjawab penuh terhadap segala kandungan posting yang dikemukakan.