|
Written by Webmaster
|
|
Sunday, 02 August 2009 |
|
PENGHURAIAN KERJA JURUTEKNIK KOMPUTER KEDAH
1. SKIM PERKHIDMATAN
Juruteknik Komputer FT17
2. PERINGKAT ORGANISASI
Pelbagai Jabatan/ Agensi Kerajaan
3. SKOP FUNGSI BIDANG TUGAS
- Membantu tugas-tugas pengurusan aset ICT di sekolah dibawah penyeliaan Pengetua/Guru Besar/Guru Data.
- Menyelenggara kemudahan & perkhidmatan ICT, perisian, perkakasan dan aplikasi yang dibekalkan KPM/JPN/PPD serta menyelesaikan masalah teknikal seperti:-
- Pemeriksaan dan penyenggaraan kelengkapan ICT yang rosak seperti kerosakan perkakasan utama, komponen-komponen dan aksesori ICT.
- Membantu, memantau dan menyelia Rangkaian LAN dan WAN serta menyelaras server-server utama dan peralatan seperti Firewall, Proxy, DNS bagi School*Net , EG*Net, Broadband, Internet Access, Pusat Akses dan sebagainya.
- Menyelaras Meja Bantuan Teknikal ICT.
- Sebagai pegawai urusan bagi aktiviti penyelenggaraan termasuk mencatat log, memantau kerjayangdilakukan oleh pembekal, membuat tindakan susulan kepada pihak berkaitan.
- Menyediakan keperluan perolehan ICT untuk pengurusan sekolah.
- Mengawasi isu-isu keselamatan ICT diperingkat sekolah serta mematuhi kawalan dan prosedur keselamatan yang berkesan selaras dengan dasar-dasar keselamatan yang telah ditetapkan oleh KPM/JPN//PPD/Sekolah serta MAMPU
- Melaksanakan tugas-tugas lain berkaitan pengurusan peralatan ICT yang di arahkan dari semasa ke semasa.
|