|
Written by Webmaster
|
|
Sunday, 02 August 2009 |
|
SEPATAH KATA DARI YANG DIPERTUA FTKEDAH
Puji dan syukur dipanjatkan kehadirat Allah SWT yang banyak melimpahkan nikmat terhadap makhluknya di permukaan bumi ini. Syukur juga di panjatkan kepada kehadirat Allah SWT kerana telah merealisasikan impian Juruteknik Komputer untuk menujudkan Komuniti yang boleh dijadikan tapak untuk memperjuangkan segala kebaikan, segala masalah, segala prasarana demi memastikan anggotanya mendapat manfaat di atas penubuhannya.
Dengan umur setahun jagung ini, segala keringat, segala kesungguhan, segala masa harus ditumpukan bagi menjana kemajuan Komuniti ini. Dengan kesempatan ini diharap semua penjawat jawatan Juruteknik Komputer haruslah menjadi ahli pesatuan ini. Biar segala kebaikan, segala idea, segala kekuatan dapat dicantumkan bagi menwujudkan satu tenaga yang boleh menggerakkan Komuniti ini. Janganlah sesekali mempunyai sikap tunggu dan lihat, atas apa yang akan di laksanakan oleh jawatankuasa yang terlantik ini dan jangan hanya berani bersuara di belakang sahaja, ayuh tampil ke hadapan semuanya, sama-sama kita bergerak, sama-sama kita menuju kejayaan, sama-sama kita merasai nikmat di bawah Komuniti.
Saya ingin mengambil kesempatan disini untuk merakamkan ribuan terimakasih kepada individu-individu yang telah bergerak di peringkat awal sehinggalah terujudnya pesatuan ini, kerana tanpa individu ini maka pesatuan ini tidak akan dilahirkan di zaman yang mementingkan ICT di dalam kerjayanya. Syabas di ucapkan kepada mereka. Akhirnya harapan saya agar Komuniti ini dapat dijadikan satu landasan kepada ahli-ahlinya serta dapat membantu Kerajaan untuk mencapai wawasan 2020.
|